di saat2 kekenyangan tahap nak bergolek makan kat jusco setelah balik dri singapore, perjalanan diteruskan ke petronas selepas exit tol subang tue...utk menunaikan solat jamak takhir asar & zohor...jam dah melewati 640pm...
sampai je surau tue, ade seorang lelaki di dalam...tgah belek2 alQuran di atas rehal...aku buat biasa jelaa..ambil air sembahyang...kemudian kedengaran alunan suara lelaki itu membaca ayat alQuran...
sebelum solat, sempat juga aku melihat sisi wajah lelaki itu...kelihatan umurnya seperti lingkungan 20-an..mgkin belum sampai 30...die masih meneruskan bacaan ayat suci..bagus kan...aku dh pk mcam2 dlm fikiran....kemudian, aku pon terus menunaikan tanggungjawab kepada Illahi..
selesai solat, aku terpandang jari tangan lelaki itu..inai masih merah di jari...ohhh baru kahwin ni...hehe then, alunan ayat2 suci alQuran terhenti..lelaki itu melihat skrin handphone dia..die pon bangkit...
di saat mahu keluar dari pintu surau, lelaki itu sempat melemparkan senyuman ke arahku...aku pon membalas senyuman itu...wajahnya bersih dan sejuk mata memandang
di luar, kulihat ada seorang wanita menunggu di tepi saga hitam...eh kereta aku kah itu? erk bukan laaa..perasan lebih...kereta lelaki itu rupanya...mesti isteri dia kan...
aku meneruskan perjalan ke destinasi...smbil memikirkan hari demi hari betapa makin jauhnya aku dgan kitab suci alQuran

